Pada minggu yang lalu, Unit ko-kurikulum sekolah telah mengadakan pertandingan memasak bagi murid-murid tahap 2 yang mengikuti sesi ko-kurikulum sekolah. Para murid dan guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk pertandingan ini. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan hidangan nasi goreng dalam pertandingan tersebut. Kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan kerjasama kumpulan, rasa masakan, kreativiti menghias dan kebersihan keseluruhannya. Bermacam-macam gelagat murid-murid dapat dilihat sepanjang pertandingan berlangsung.
கருத்துகள் இல்லை:
கருத்துரையிடுக